COOLING TOWER

SISTEM PENYEJUKAN AIR ( WATER COOLED SYSTEM )

Oleh: OMAR BIN HAJI KABAK

PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

 

 

DIFINISI

Dalam unit penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan sistem pendinginan air,haba yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan menggunakan peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin air yang menyerap haba dari penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan udara terbabit.

 

FUNGSI MENARA PENDINGIN

Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air panas yang menyerap haba dari pemeluwap dingin air. Dengan memikirkan faktor faktor ekonomi dan kemudahan asas, menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari pemeluwap dingin air dengan bantuan proses peredaran udara.

PRINSIP DAN BINAAN MENARA PENDINGINAN ( COOLING TOWER )

Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap dingin air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam pemeluwap dingin air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh keatas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar yang yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba.

F:\gambat petisejuk\colling tower\CT 1.jpgF:\gambat petisejuk\colling tower\CT 2.jpg

 

 

 

Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takungan pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk kedalam pam air dan juga di dalam cooling tower.

Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :-

a)     Suhu air alur masuk : 35 C hingga 37 C

b)     Suhu air alur keluar : 30 C hingga 32 C

c)      Suhu bebuli basah alur masuk : 27 C

Kuantiti air pendingin : 131/minit x tan penyejukan (1 tan penyejukan = 16 758 kj/jam)