KAWALAN  MOTOR

 

Oleh Norasa Pakirkhan, Juruelektrik

 

 

1.      KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR

 

1.1 Motor boleh digerakkan laju atau perlahan, ke hadapan atau ke belakang serta boleh dihentikan iaitu dengan cara mengadakan sistem kawalan motor.

 

1.2 Dalam penggunaan harian biasanya motor hanya digunakan untuk mengerakkan atau memutarkan sesuatu peralatan. Sebagai contoh, kipas angin dan mesin basuh.

 

1.3 Di samping itu, kawalan kelajuan dapat dibuat agar kekuatan putarannya dapat disesuaikan mengikut kehendak pengguna.

 

1.4 Putaran kehadapan atau ke kebelakang amat diperlukan bagi jentera  angkut seperti kren untuk memudahkan kerja-kerja mengangkut barang sama ada ke depan atau ke belakang.

 

1.5 Bagi motor yang berukuran besar, ianya tidak boleh dihidupkan secara membekalkan terus dengan bekalan kerana arus permulaan motor amatlah tinggi.

 

1.6 Oleh yang demikian,motor-motor besar tersebut mestilah dipasangkan dengan alat-alat kawalan yang sesuai bagi mengelakkan bahaya arus permulaan yang tinggi.

 

1.7 Diantara jenis kawalan yang biasa digunakan ialah, kawalan terus pada talin (D.O.L.), kawalan mara-songsang,kawalan turutan, kawalan auto pengubah, kawalan bintang-delta dsb.

 

 

2.      ALAT PADUAN MAGNET/ALAT KAWALAN

 

2.1  ALAT PENGHIDUP

           

-          Penghidup, pemula atau kawalan bermaksud satu sistem yang paling mudah untuk membantu menghidupkan dan menghentikan pergerakkan sesebuah motor. Ia juga dibekalkan dengan pelindung beban lampau (over load leakage).

 

2.2  ALAT PENYENTUH

 

-          Merupakan sejenis suis yang dikendalikan oleh satu electromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.

-          Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan urat daya magnet yang menarik omboh supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.

 

-          Sesentuh-sesentuh suis disambung secara mekanikal ke omboh supaya apabila omboh bergerak kepada keadaan menutup,ia juga akan turut sama tertutup.

 

2.3 PELINDUNG BEBAN LAMPAU

 

-          Untuk menghalang sesebuah motor elektrik dari terbakar ,maka satu pelindung beban lampau perlu diadakan untuk satu alat kawalan motor.

 

-          Semasa beban lampau berlaku terhadap sebuah motor,ianya akan mengeluarkan arus yang berlebihan yang mana akan menyebabkan kepanasan yang boleh merosakkan gegelung motor tersebut . Tetapi dengan adanya pelindung beban lampau,bekalan akan diputuskan bagi memutuskan arus pada motor dan beban.

 

-          Alat ini juga bertujuan untuk menjauhkan sesebuah motor dari mengeluarkan arus berlebihan.

 

2.4 PUNAT TEKAN / PUSH BUTTON

 

-          Terdapat berbagai bentuk dan jenis punat tekan (p/b) yang mana ia berfungsi sebagai p/ tekan hidup (p/b on) atau p/tekan henti (p/b off) untuk sesuatu kawalan motor.

 

-          P/ tekan ini biasanya dipasang pasa tempat yang mudah dicari atau ditemui oleh pengguna.

 

-          Ia menggunakan kekunci  sebagai keselamatan di mana ia sebuah kawalan motor tidak boleh dihidupkan tanpa kekuncinya.