Labuan, 10 April 2021 - Satu aktiviti gotong royong telah dilakukan sebagai aktiviti riadah sambil memupuk kerjasama antara staf dan pelajar institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dalam suasana norma baru serta pematuhan SOP sediada. Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan terutama sekali warga kerja institut ini.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa pemandu dan Induk EKSA ILP LABUAN telah mengadakan satu Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kali ke dua, pada 10 April 2021 jam 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada kawasan luar blok dan zon. Aktiviti menumpukan kepada keindahan langskap dan kebersihan persekitaran