Tentang Institut
Intitut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan adalah merupakan salah satu daripada 31 institut latihan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. ILP adalah merupakan agensi kerajaan pusat yang menjalankan aktiviti melatih pelajarnya dalam bidang teknikal untuk persediaan pelajar bekerja dalam pelbagai industri. ILP Labuan terletak di Jalan Mohamad Salleh, 6 kilometer dari bandar Labuan. ILP ini dibina di kawasan seluas 32 ekar bersebelahan dengan Kompleks Sukan Labuan bermula pada bulan Mac 1982 dengan kos sebanyak RM 6.2 juta. ILP ini memulakan operasinya pada bulan Jun 1984 dengan pengambilan pelatih seramai 92 orang dalam 6 bidang kemahiran.
Testimonials
Apa yang Institut Tawarkan
Pengajaran
-
30% Teori & 70% Amali
Kaedah latihan yang dijalankan ialah 30% teori dan 70% amali. Setelah pelajar - pelajar memahami sistem kendalian secara teori, mereka akan didedahkan dengan latihan secara praktikal di bengkal bagi mempraktikan pembelajaran teori pada sistem kendalian sebenar. Pelajar - pelajar juga akan diberikan kertas kerja, kertas tugasan dan kertas penerangan untuk mengulangkaji dalam memastikan mereka memahami setiap pembelajaran yang diajar.
-
Latihan Industri
Latihan Industri digunakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai situasi sebenar dunia pekerjaan dan pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian dan kefahaman mereka selepas melalui latihan ini.Pelajar akan menjalani latihan industri selama 3 bulan hingga 6 bulan bergantung kepada kursus
Pecahan Kemahiran
Kepimpinan: 20%
Pengurusan: 40%
Pengetahuan: 60%
Kemahiran: 80%