Apa itu ILP?
ILP adalah Institut Latihan Perindustrian dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.
Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mnegikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
Sijil yang dikeluarkan oleh ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kebanyakan lulusan ILJTM tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
Apakah perbezaan antara sistem kemahiran yang dijalankan antara ILP dan institusi aliran akademik?
Di ILJTM proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar. Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.
Anda memerlukan tempoh antara 1 tahun 6 bulan hingga 2 tahun untuk melengkapkan pelajaran hingga SKM tahap 1, 2 dan 3 termasuk Latihan Industri selama 3 bulan berdasarkan kursus yang diikuti.
Bagaimana dengan penempatan pelajar?
ILP Labuan menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelajar ILP. Makanan dan minuman dihidangkan untuk penghuni asrama secara percuma.
Bagi kemudahan latihan,riadah dan Pusat Sumber dengan kemudahan internet disediakan untuk pelajar semasa waktu bekerja. Di setiap jabatan terdapat bengkel yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Di asrama pula terdapat Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.
Apakah kursus yang ditawarkan oleh ILP Labuan?
• Teknologi Elektrik
• Teknologi Komputer (Sistem)
• Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
• Teknologi Kimpalan
• Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
• Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal)
• Teknologi Binaan (Bangunan )
• Teknologi Binaan (Paip & Sanitari )
Berapakah bilangan ILJTM yang terdapat di Malaysia?
ILJTM terdiri daripada dua puluh tiga (23) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), lapan (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Keterangan lanjut boleh lawati Portal rasmi di www.jtm.gov.my