Majlis Menandatangani MOU
Taklimat dari pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tanggal 15 Februari 2017 yang lalu, pelajar-pelajar semester akhir telah didedahkan dengan taklimat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan Labuan. Mereka didedahkan dengan kepentingan mendaftar perniagaan bagi lepasan institut yang berminat untuk membuka perniagaan serta kesalahan-kesalahan yang melibatkan undang-undang perniagaan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pegawai SSM Wilayah Persekutuan Labuan. Pada majlis tersebut juga pegawai SSM menyampaikan berita gembira untuk para pelajar dimana kerajaan menyediakan gran untuk pendaftaran perniagaan secara PERCUMA.
Seminar Kerjaya
Seminar kerjaya ini telah disampaikan oleh pihak Institut dan juga pihak JPK Labuan. Pada sebelah pagi,Jabatan Pembangunan Latihan memberi taklimat berkenaan kerjaya yang boleh diceburi oleh para pelajar setelah tamat latihan di institut.
Pada sebelah petang pula, taklimat diteruskan oleh En.Noor Imran Mohamad dan juga En. Muhamad Fadli Hamzah. Dengan adanya seminar sebegini untuk pelajar-pelajar tahun akhir, diharap ia sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk membuat perancangan kehidupan selepas belajar.