Majlis Menandatangani MOU
ILP LABUAN menghantar 3 wakil ke Pertandingan WorldSkill Belia 2017
Taklimat dari pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tanggal 15 Februari 2017 yang lalu, pelajar-pelajar semester akhir telah didedahkan dengan taklimat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan Labuan. Mereka didedahkan dengan kepentingan mendaftar perniagaan bagi lepasan institut yang berminat untuk membuka perniagaan serta kesalahan-kesalahan yang melibatkan undang-undang perniagaan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada pegawai SSM Wilayah Persekutuan Labuan. Pada majlis tersebut juga pegawai SSM menyampaikan berita gembira untuk para pelajar dimana kerajaan menyediakan gran untuk pendaftaran perniagaan secara PERCUMA.
Lawatan Sambil Belajar Ke UMSKAL
Pada 30 Mac 2017,seramai 28 orang pelajar dan diiringi oleh 2 pengajar telah melakukan lawatan ambil belakar ke Universiti Malaysia Sabah Cawangan WP Labuan.Pada lawatan tersebut para pelajar telah melawat ke Fakulti Komputeraan dan Informatik. Banyak ilmu yang dapat diperolehi oleh pelajar-pelajar kerana bidang perkomputeraan terlalu besar tidak hanya tertumpu kepada baikpulih semata-mata. Pera pelajar didedahkan dengan penerangan ringkas mengenai pembikinan anamisi dan juga game yang ringkas.Semoga dengan lawatan ini para pelajar dapat mencari jalan hala tuju mereka selepas tamat pe ngajian di ILP.