Hubungi Kami

Panduan Akses ILP

 

Jika anda menggunakan pengangkutan udara, anda boleh datang ke Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Melalui Kota Kinabalu terdapat beberapa penerbangan ke Labuan menggunakan MAS dan Maswings. Anda boleh menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Daripada Semenanjung anda boleh terus ke Labuan melalui KLIA dan Juga KLIA 2. Anda boleh menggunakan penerbangan MAS dan juga AirAsia. Anda yang berada di negeri Sarawak boleh melalui lapangan terbang Miri menggunakan penerbangan Maswings.


Jika anda menggunakan pengangkutan laut, anda boleh datang ke ILP LABUAN dengan menggunakan feri dan juga bot laju (speed Boat). Melalui Kota Kinabalu anda boleh menggunakan pengangkutan darat seperti kenderaan sendiri,bas, teksi atau kereta sewa untuk ke Jeti Menumbuk, SABAH.Di jeti Menumbuk anda boleh menggunakan pengangkutan laut seperti feri kenderaan atau menggunakan perkhidmatan bot laju.Lebih Kurang 2 jam perjalanan, anda akan sampai di jeti Antarabangsa Labuan. Bagi Mereka dari Sipitang, Sabah; anda boleh bermula di jeti Sipitang untuk ke jeti Labuan menggunakan feri penumpang. Mereka yang dari negeri Sarawak boleh menggunakan jeti Sipitang, Limbang,Lawas dan juga jeti Negara Brunei. Dari situ (jeti Labuan), anda boleh menggunakan pengangkutan teksi atau jika menggunakan kenderaan sendiri terus menuju ke ILP LABUAN yang terletak di Jalan Mohamad Salleh. ILP berada di Hadapan Hospital Besar Labuan dan bersebelahan dengan Komplek Sukan Labuan.


Jika anda menggunakan pengangkutan darat, anda boleh menuju ILP LABUAN dengan menggunakan pengangkutan Feri Kenderaan. Anda boleh menggunakan Jeti Menumbuk bagi anda yang dari negeri Sabah /Sarawak dan juga jeti Negara Brunei bagi mereka yang dari negeri Sarawak .

Infomasi

Institut boleh dihubungi melalui jalan darat,laut dan udara.Disediakan juga koordinat google map untuk rujukan pelawat.

Contact
Institut Latihan Perindustrian Labuan,Jalan Mohamad Salleh, 87018 Wilayah Persekutuan Labuan,MALAYSIA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+6087-414911 (8:00 - 17:00)

Gallery_Video

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Labuan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Mohamad Salleh
87018 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
MALAYSIA

Tel:087-414911 atau 087-417745
Fax:087-422500

Aduan / Maklumbalas
Pertanyaan / Cadangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 33.++ ,Internet Explore 10.0++, Safari, Opera dengan resolusi skrin 1280 x 768.

Adobe Flash Player mungkin diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.