Labuan, 12 April - Satu rombongan lawatan daripada AJK Pemandu EKSA ILP LABUAN telah ke balai bomba Kg. Jawa, Labuan untuk lawatan penanda aras bagi aktiviti EKSA di institut ini. Dalam lawatan tersebut AJK mendapat banyak maklumbalas mengenai pelaksanaan dan Aktiviti EKSA yang telah di lakukan oleh Balai Bomba Kg. Jawa dalam uaha untuk mendapatkan permarkahan tinggi semasa Audit MAMPU Kelak.
Objektif lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan EKSA di Jabatan berkenaan. Dalam usaha institut ini untuk mendapat persijilan EKSA, Idea-idea semasa lawatan tersebut boleh dilaksanakan dan diamalkan.