Penafian : Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Malay Chinese (Simplified) English Hindi

Kerajaan buka laluan TVET dalam bidang teknologis, juruteknik

 

Tajuk/isu Kerajaan buka laluan TVET dalam bidang teknologis, juruteknik
Sumber berita https://malaysiagazette.com/2019/11/25/kerajaan-buka-laluan-tvet-dalam-bidang-teknologis-juruteknik/
Tarikh 25 November 2019

 

SHAH ALAM – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan membuka ruang laluan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada bidang profesional seperti teknologis dan juruteknik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang menyambut baik usaha MBOT itu berkata, ia akan diterima oleh masyarakat pada hari ini untuk belajar dalam bidang teknologis dan juruteknik kerana telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan.

Katanya, setakat ini pengiktirafan paling rendah diberikan MBOT dan kerajaan ialah juruteknik.

“Sudah tentu ini akan menarik minat anak muda dan akan membuka pemikiran kepada ibu bapa serta guru di sekolah untuk melihat TVET sebagai laluan pendidikan untuk masa depan mereka.

“Ini kerana dua bidang ini (teknologis dan juruteknik) mendapat kebolehpasaran pekerjaan dan ia turut diangkat serta diberi pengiktirafan sangat tinggi oleh badan profesional, yang selepas ini setaraf dengan badan peguam dan jurutera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Townhall dan majlis perasmian Program Modular Professional Certification Dalam Bidang Keselamatan Siber di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden MBOT, Tan Sri Ahmad Zaidee Laidin dan Ketua Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Tan Sri Dr. Aminuddin Abdul Wahab.

Mengenai pensijilan modular untuk keselamatan siber, Mahfuz berkata, setakat ini yang pakar dan mahir dalam hal keselamatan siber berjumlah 10,572 orang.

Katanya, kerajaan memerlukan lebih ramai mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang keselamatan siber kerana ini suatu yang penting kepada masa depan negara untuk berdepan dengan perkembangan dunia pada hari ini.

“Kita mengharapkan dapat melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang ini dan pada masa sama meningkatkan tahap kebolehpasaran serta ketersediaan mereka dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Di samping itu, ianya juga dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor ini, seterusnya inisiatif ini membawa TVET ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

Pautan Artikel : https://malaysiagazette.com/2019/11/25/kerajaan-buka-laluan-tvet-dalam-bidang-teknologis-juruteknik/

Gallery_Video

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Labuan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Mohamad Salleh
87018 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
MALAYSIA

Tel:087-414911 atau 087-417745
Fax:087-422500

Aduan / Maklumbalas
Pertanyaan / Cadangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 33.++ ,Internet Explore 10.0++, Safari, Opera dengan resolusi skrin 1280 x 768.

Adobe Flash Player mungkin diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.