Penafian : Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Malay Chinese (Simplified) English Hindi

Pelajar Tingkatan Enam, diploma dan setara turut nikmati bantuan RM200

 

Tarikh Artikel: 11/4/2020

 

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/676037/pelajar-tingkatan-enam-diploma-dan-setara-turut-nikmati-bantuan-rm200

 

 

 

KUALA LUMPUR: Bantuan wang tunai ‘one-off’ RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam, diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran itu akan dilakukan hujung bulan ini.

 

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian bantuan itu kepada setiap pelajar sepenuh masa IPT meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

 

"Bagaimanapun Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan itu diperluaskan dengan peruntukan dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

 

"Kementerian yang terbabit akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak dari Mei kepada hujung April," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban dihadapi pelajar IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

"Semoga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran," katanya.

 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan RM200 kepada pelajar IPT sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.

 

 

Gallery_Video

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Labuan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Mohamad Salleh
87018 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
MALAYSIA

Tel:087-414911 atau 087-417745
Fax:087-422500

Aduan / Maklumbalas
Pertanyaan / Cadangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 33.++ ,Internet Explore 10.0++, Safari, Opera dengan resolusi skrin 1280 x 768.

Adobe Flash Player mungkin diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.