Penafian : Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Malay Chinese (Simplified) English Hindi
15 November 2023

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PIHAK PENGURUSAN ILP LABUAN KE PETRONAS CHEMICAL METHANOL, WP LABUAN.

23 times
30 OKTOBER 2023 | Delegasi diketuai Tuan Pengarah Ilp Labuan Ts Hj Zainudin Bin Hj Ahmad bersama sama Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit Cess, Ketua Unit BKKL serta Ketua Bahagian TKAG disambut baik oleh pihak Petronas Chemical Methanol WP Labuan.Pihak Institut diberi kan taklimat keselamatan serta tayangan video korporat operasi dan pengurusan Syarikat.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PC Methanol, Tn. Hj Hiffani Bin M Jalil berbesar hati menawarkan kerjasama industri bersama pihak ILP Labuan dimana matlamat utama memberi lebih peluang latihan TVET serta perkongsian teknologi kepada belia belia di rantau ini khususnya.
 
Pihak PC Methanol juga sedia menghadiahkan peralatan terpakai untuk kegunaan latihan bagi pelajar ILP Labuan sebagai misi CSR demi memantapkan lagi institusi TVET seperti harapan Kerajaan.
Dalam masa sama ILP Labuan telah memberikan sijil penghargaan kepada pihak PC Methanol kerana sudi menerima Tenaga Pengajar En. Sabri Hakim Bin Sadri menjalani Latihan Sangkut Industri (LSI).
Last modified on Wednesday, 15 November 2023 09:35

Gallery_Video

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Labuan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Mohamad Salleh
87018 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
MALAYSIA

Tel:087-414911 atau 087-417745
Fax:087-422500

Aduan / Maklumbalas
Pertanyaan / Cadangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 33.++ ,Internet Explore 10.0++, Safari, Opera dengan resolusi skrin 1280 x 768.

Adobe Flash Player mungkin diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.