03 November 2022 | LAWATAN INDUSTRI PELAJAR KE SYARIKAT SOBENA OFFSHORE INCORPORATED SDN BHD.
Lawatan Industri melibatkan 13 orang pelajar semester akhir dan 3 pengajar kursus Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (TPM) telah diadakan di Syarikat Sobena Offshore Incorporated Sdn Bhd di Rancha Rancha WP Labuan. Kunjungan delegasi ILP Labuan disambut mesra oleh Pengurus Kilang En Darren Thang Thean Phing dan beberapa pegawai dengan dimulai taklimat keselamatan dan pengenalan syarikat. Seterusnya, pelajar dibawa menyaksikan sendiri secara langsung proses "threading pipe" berdiameter lebih 13" yang akan digunakan sebagai medium bagi carigali telaga minyak di sektor minyak & gas. Pelajar juga didedahkan dengan situasi kerja sebenar berkaitan "blasting", "Joining coupling", "Swaging" mahupun "Copper Plating". Pihak syarikat juga sudi menunjukkan mesin CNC yang berharga jutaan ringgit dan berteknologi tinggi untuk pendedahan ilmu kepada para pelajar. Sesi lawatan berakhir dengan penyampaian cenderamata. Sesungguhnya pendedahan yang penuh ilmiah dan berteknologi tinggi ini sedikit sebanyak pelajar mendapat gambaran situasi sektor industri berkaitan dengan bidang yang dipelajari di Institut.