02/11/2022 | LAWATAN INDUSTRI PELAJAR KE SYARIKAT SERBA MAHIR SDN BHD.
Delegasi lawatan industri, melibatkan 20 pelajar dan 5 pengajar bidang Teknologi Minyak & Gas ILP Labuan ke premis Old Office & New House Serba Mahir Sdn Bhd yang terletak di Jalan Arsat WP Labuan. Pelbagai penerangan berkaitan peralatan dan mesin berteknologi tinggi oleh pegawai syarikat kepada pelajar. Para pelajar juga didedahkan dengan situasi sebenar industri berkaitan minyak & gas yang sesuai dengan pembelajaran semasa di ILP Labuan. Pelajar juga ditawarkan tempat latihan industri (L.I) dan peluang pekerjaan jika berminat kelak. Delegasi lawatan berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata. Kenangan berharga ini akan tersemat di hati pelajar demi menaikkan semangat dan keghairahan dalam mencapai matlamat memajukan kemahiran demi negara tercinta.