Penafian : Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Malay Chinese (Simplified) English Hindi

Tek. Kimpalan

Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.


 

KELAYAKAN AKADEMIK

Memiliki SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam subjek : Sains/Fizik/subjek teknikal (bidang berkaitan), Matematik/Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris


PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.

Gallery_Video

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Labuan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Mohamad Salleh
87018 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
MALAYSIA

Tel:087-414911 atau 087-417745
Fax:087-422500

Aduan / Maklumbalas
Pertanyaan / Cadangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 33.++ ,Internet Explore 10.0++, Safari, Opera dengan resolusi skrin 1280 x 768.

Adobe Flash Player mungkin diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.