Penafian : Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Malay Chinese (Simplified) English Hindi

Tek.Elektrik

Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai Pendawaian Domestik dan Industri yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan elektrik melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.

Tempoh latihan hanya 2 tahun iaitu 4 semester. Sebaik tamat kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruelektrik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia(JTM).


Syarat Permohonan:

Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Berumur 17 - 30 tahun.
SPM atau setaraf dengannya, kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal (bidang berkaitan) dan Bahasa Melayu.

Tempoh Latihan
2 Tahun.

Persijilan
Kursus Juruelektrik menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 & 2 ) yang mana ianya diperakui oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga(ST) melalui penilaian dan peperiksaan yang dijalankan selama 2 tahun.Pelajar juga akan di anugerahkan Sijil Juruelektrik Perindustrian yang di tauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).


Objektif Kursus

Objektif kursus Juruelektrik ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik/Industri Fasa Tunggal dan Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.

Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.

Di samping itu juga,kursus Jurulektrik yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kea rah pembangunan negara.


Peluang Kerjaya

Permintaan untuk Jurulektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Jurulektrik di sektor-sektor industri tempatan. Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal khususnya pendawai elektrik.

Dalam sektor industri,skop pekerjaannya adalah juruteknik yang meliputi kerja-kerja pendawaian,pemasangan dan penyelenggaraan elektrikal.(Maintenance technician).Jurulektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri dengan kontraktor elektrik.

Selain daripada itu,peluang pekerjaan di Syarikat-syarikat Kontraktor Pendawaiaan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga(ST) sangat menggalakkan dan permintaan dalam bidang pendawai elektrik adalah tinggi memandangkan kekurangan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus Diploma Teknologi Eletrik Kuasa dan juga di Universiti Kuala Lumpur(UNIKL) yang menawarkan kursus pada peringkat Ijazah.Terdapat juga Institut Latihan Perindustrian  Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang menawarkan kursus kekompetanan Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mana pelajar-pelajar berpeluang meningkatkan lagi kekompetenan dalam bidang elektrik.

Gallery_Video

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Labuan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Mohamad Salleh
87018 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan
MALAYSIA

Tel:087-414911 atau 087-417745
Fax:087-422500

Aduan / Maklumbalas
Pertanyaan / Cadangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 33.++ ,Internet Explore 10.0++, Safari, Opera dengan resolusi skrin 1280 x 768.

Adobe Flash Player mungkin diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.