Unit Kawalan Kualiti Latihan bertanggungjawab dalam mengendalikan dan memantau kursus-kursus kemahiran jangka panjang bagi lepasan SPM dan sijil. Ianya juga mengendalikan kursus jangka pendek bagi pekerja mahir dan separa mahir dari industri yang berkaitan untuk memberi peluang pembelajaran yang berterusan. Disamping itu, unit ini juga perlu memastikan segala perancangan berkaitan program latihan dirancang dengan teliti untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi dan bersesuaian dengan kehendak industri.
• Menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ILP Labuan agar memenuhi dan menepati kurikulum dan syarat-syarat persijilan yang telah ditetapkan.
• Menyelaras dan menyedia pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang
berketrampilan.
• Merancang dan menyelaras kursus jangka pendek kepada pihak industri.
• Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
• Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
a.UPP
Unit peperiksaan dan persijilan diletakkan dibawah Bahagian Kawalan dan Kualiti Latihan ILP LABUAN. Unit ini membantu dalam skop kerja seperti dibawah:
Skop Tugas
- Membantu menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Memmbantu mengurus pendaftaran subjek / modul / mengulang / menduduki semula peperiksaan dan merekodkan bagi tujuan semakan.
- Membantu menyelaras perlaksanaan CGPA.
- Membantu menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Membantu menyelaras pelaksanaan peperiksaan, penilaian dan pengesahan pelajar.
- Membantu menyelaras lawatan Naziran dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
b.Unit Kaunseling
Unit ini diletak di bawah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan ILP LABUAN. Dengan adanya unit ini, ia dapat membantu pihak pengurusan institut menjari jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan pelajar dari segi displin, pembelajaran dan lain-lain yang memerlukan kaunseling.
Skop Kerja :
- Menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar.
- Memastikan para pelajar menyertai semua program yang telah dirancang.
- Memantau displin pelajar
- Mengadakan ceramah-ceramah kaunseling pada perhimpunan pelajar