Objektif
• Menyelaras pengambilan pelajar untuk enam (6) bidang kemahiran yang mana ia melibatkan menerima dan memproses borang permohonan dan seterusnya membuat surat
tawaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
• Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum
pelajar, mengendali kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
• Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelajar.
• Menguruskan penempatan pelajar di industri.
• Penilaian prestasi pelajar latihan industri.
a. CESS
Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILP Labuan akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka.
• Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILP Labuan dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
• Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
• Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan
latihan.
• Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, promosi di radio dan tv, ceramah di sekolah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kerajaan atau pihak swasta.
Fungsi
1. Kerjaya
• Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
• Mengadakan temuduga terbuka.
• Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.
2. Alumni
• Urusetia Persatuan Alumni ILP Labuan.
• Hubungan dengan lepasan pelajar ILP Labuan