KURSUS PENGIRAAN KUANTITI BAHAN, KOS BINAAN DAN TENDER

KURSUS PENGIRAAN KUANTITI BAHAN, KOS BINAAN DAN TENDER

10-11 APRIL 2025 | KURSUS PENGIRAAN KUANTITI BAHAN, KOS BINAAN DAN TENDER (PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN ADTEC JTM 2025)
Satu Kursus dibawah Program Latihan Kemahiran (PLK) ADTEC JTM iaitu Kursus Pengiraan Kuantiti Bahan, Kos Binaan dan Tender (Kluster Sivil) telah dilaksanakan bertempat di Bilik Seminar ADTEC JTM Kampus Labuan.

Kursus ini dihadiri oleh 15 peserta yang terdiri daripada Pengajar Bidang Sivil & Bangunan yang mana bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkenaan dengan modul anggaran kos binaan (Building Cost Estimation) serta menambah ilmu dalam modul kuantiti bahan dalam industri pembinaan bangunan.
Penceramah bagi kursus ini adalah daripada Penyedia Latihan Mindshift Bridge Solutions (MBS) dibawah Syarikat Arkilinxz Sdn Bhd iaitu Ts. Dr. Nurul Akmam Binti Naamandadin yang merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Perlis.

Kursus ini berlangsung selama 2 hari dan merangkumi kelas teori dan amali (pengiraan kos). Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (TPO) ADTEC JTM Kampus Labuan iaitu Puan Lizadiana Binti Mohamad yang mewakili Pengarah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Penceramah.