29 SEPT 2026 | HARI CUCI MALAYSIA 2026 | WORLD CLEANUP DAY
Alhamdulillah, Program Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat ADTEC JTM Kampus Labuan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan serta komitmen yang positif daripada warga kampus. 

Pelaksanaan aktiviti yang melibatkan gotong-royong, kempen pengumpulan bahan 3R serta pengumpulan minyak masak terpakai bukan sahaja berjaya menceriakan dan memperkemas persekitaran kampus, malah turut menyemai kesedaran dalam kalangan warga ADTEC terhadap kepentingan kebersihan, kelestarian alam sekitar dan amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab. 

Bersama kita kekalkan momentum ini.
Kerana kampus yang bersih bukan sekadar indah dipandang, tetapi mencerminkan warga yang prihatin, budaya kerja yang positif dan organisasi yang produktif. 
